‘Saya Tak Minta Semua Ini Terjadi’ – Isteri Suspek

KES pembunuhan tragik kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang mayatnya ditemui di kawasan semak Kampung Kemensah, Hulu Kelang, Selangor mendapat perhatian meluas daripada masyarakat Malaysia.

Malah, kenyataan polis yang mengesahkan suspek kes bunuh ini adalah ahli keluarganya sendiri mengejutkan ramai.
Rata-rata netizen mengecam dan menyelar tindakan pembunuh adik Edrus sebagai individu yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Lebih drastik, ada pula yang menyebarkan identiti suspek kes ini yang juga merupakan abang ipar tiri kepada mangsa menerusi laman sosial Facebook.
Antara yang menerima tempias, pastinya adalah isteri suspek iaitu Nazirah Norsyam.
Menerusi satu kenyataan Facebook, Nazirah memberitahu, akibat kejadian itu dia dan anaknya teruk menerima hinaan dan kritikan.
Katanya, dia turut bersedih dengan kehilangan adik dan dalam masa yang sama dikejutkan pula dengan perbuatan suaminya.
Oleh itu, dia meminta orang ramai memahami situasi dirinya.
370CA7F600000578-3732312-Aarti_fainted_immediately_after_cutting_off_her_tongue_and_was_c-a-3_1470869104821
“Assalamualaikum..terima kasih pada yang memberi sokongan mahupun MENGHINA saya. Terima kasih… saya tak mintak semua ni terjadi… bayangkan diri awak sendri dalam situasi saya… antara adik kesayangan saya… dan suspek suami sendiri.
“Saya kehilangan adik… sedih tak habis tambah pula tahu ini angkara suami.
“Tambah pula netizen mengkritik saya termasuk anak saya yang tak berdosa… dia bersalah dia akan dihukum… balasan dia tetap ada,” luahnya.
Selain itu, Nazirah turut meminta orang ramai memadam dan tidak lagi menyebarkan gambar anaknya.
Terdahulu, akhbar melaporkan mayat mangsa ditemui dalam keadaan menyayat hati dengan tangan dan kaki diikat tali kabel.
Adik Noor Amila Edrus Norsham dipercayai dibunuh pada hari pertama selepas dilaporkan hilang ketika pergi ke surau berdekatan rumahnya pada 11 Ogos lalu. – MYNEWSHUB
loading...

0 Response to "‘Saya Tak Minta Semua Ini Terjadi’ – Isteri Suspek"

Post a Comment