TAKZIAH diucapkan kepada pelakon Zain Saidin atas pemergian orang tercinta.. Al-Fatihah

Allahyarham Tuan Haji Mohamad Saidin Osman (kanan)


TAKZIAH diucapkan kepada pelakon Sasha Saidin dan Zain Saidin atas pemergian ayah tercinta, Mohamad Saidin Osman pada malam Selasa.

Allahyarham meninggal dunia kira-kira pukul 8.45 malam selepas dimasukkan ke sebuah hospital pada pagi hari yang sama.

Berita duka ini dimaklumkan oleh Sasha yang juga anggota bekas kumpulan Elite menerusi laman Instagramnya.

“Saya ingin memaklumkan bapa saya Allahyarham Tuan Haji Mohamad Saidin Osman meninggal dunia pada 8.45 malam tadi. 
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan atas sokongan, doa dan ingatan. 
“Bapa saya adalah seorang lelaki yang baik. Dalam hidupnya dia sentiasa meletakkan orang lain melebihi dirinya sendiri dan saya percaya dia telah menjalani kehidupan yang baik. Al-Fatihah,” tulisnya.

Jenazah Allahyarham telah dibawa ke Masjid As-Syakirin, Jalan Gombak pada pagi Rabu seterusnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Ibu Kota, Danau Kota, Kuala Lumpur.

Mari sama-sama kita semua sedekahkan Al-Fatihah buat buat arwah, semoga roh arwah berada dikalangan orang-orang beriman.. aaminn.
loading...

0 Response to "TAKZIAH diucapkan kepada pelakon Zain Saidin atas pemergian orang tercinta.. Al-Fatihah"

Post a Comment